Wednesday, April 12, 2006

Maulidur Rasul

Sallaallah Ala Muhammad.. Sallaallah Alai Wassallam...Sallaallah Ala Muhammad...Sallaallah Alai Wassallam...
Selawat Nabi Muhammad S.A.W. yang berkumandang sepanjang perarakan Maulidur Rasul 2006 yang diadakan pada hari Selasa, 12hb April 2006. Bertuah aku dapat menjadi sebahagian daripada perarakan nie.
Yes! believe it or not... aku menyertai Perarakan Maulidur Rasul tahun nie. Melalui Persatuan Nurul Islam. Kami berhimpun di kelab persatuan yang terletak di Jalan Kedah. Semuanya "Anak Mami" hehehe. Syok betul! Meriah betul tahun nie. Siap persatuan bagi kain lagi untuk jahit baju. Semua sama colour. Yang lelaki berbaju batik merah jambu dan yang perempuan pulak berbaju kurung Merah oren.. untuk kain tak bagi.. kena ambik sendiri kononnye. Tue yang tak syok tue. Ada yang berkain hitam.. ada pulak macam kami sekeluarga dan keluarga caca berkain batik. Apa lagi, kami lar yang paling glamour sebab lain daripada lain. Yes! Aku pe dengan mak, Kak Sidah, Jah dan Farah. Kami berlima jer. Mula-mula memang excited giler. Pas tue, bila difikirkan yang kami terpaksa berjalan dari Masjid Kapitan Keling ke Stadium Pulau Pinang kat Lorong kulit tue... Fuhyooo!!! jauh giler beb!
Well, semua nie sebagai experience jer. Tahun depan InsyaAllah aku nak pe lagi.. ehe..ehe..ehe.. Lepas sembahyang Magrib jer, kami semua berbaris dan berarak ke Masjid Kapitan Keling. Tue boleh kata jauh jugak. Belum berarak lagi ke destinasi sebenar (Stadium Pulau Pinang). Sambil berarak tue kami melaungkan selawat kuat-kuat. Hehe.. bersemangat sungguh. Sampai kat Masjid Kapitan Keling, tunggu pulak solat Isyak. Lepas bersolat... tunggu pulak lagi... memang panas giler. Tue nasib baik belah malam. Cuba belah pagi, kena panggang lar aku. Dah lar 'puteh'..bertambah puteh pulak. So, tepat pukul 9.15malam, kami mulakan perarakan kami. Persatuan Nurul Islam ialah Kontingen ke-10 daripada 64 kontingen. Dasyat ker tak??
Sepanjang perjalanan tue... baru aku sedar bagaimana keadaan mak aku semasa menunaikan haji tahun lalu. Ya Allah, Sesungguhnye Engkau lar yang Maha Esa. Sepanjang perarakan tue, ada yang jijak kasut aku, tolak aku.. eish! tapi aku bersabar jer. Sampai kat Stadium dekat-dekat pukul 10.30malam. Allah saja yang tahu betapa letihnyer aku. Sampai sana, kami berarak keliling track stadium pulak. Aduh! Nasib baik dapat tumpang bas yang persatuan kami sewa untuk bawak balik orang ke kelab. Huh! dah sampai rumah, tara nak tidur, dak pukul 1pagi. Esok kerja pulak! Aduh!
But it's all in good fun.. And a learning too. Tahun depan, InsyaAllah.. kalau dipanjangkan umur, aku nak pe lagi.

No comments: